Seringkali kita mendengar ungkapan "Yang Tua Dihormati... Yang Muda disayangi". Yang tua perlu sentiasa membimbing dan yang muda perlu sentiasa didamping. Sejak kecil, kita diajar untuk menghormati golongan yang lebih tua. Setiap tutur kata dijaga.. dan pandangan mereka diambil kira.. Namun, dalam masa kita menghormati.. kita juga perlu berhati-hati.. kerana tidak semua yang TUA.. boleh dipercayai!
Salahnya mereka apabila tidak dapat membezakan yang mana benar.. dan mana yang salah. Hanya pandang sebelah mata. Apabila yang TUA tidak dapat dijadikan rujukan.. mereka hanya jelekan semata. Jika diminta untuk menasihati.. lakukan.. bukan untuk menyebelahi. Ketegasan dan pendirian perlu ada dalam setiap tindakan. Yang salah tetap salah. Adili dengan mata akal.. bukan mata kepala. Kerana mata kepala bisa saja dikaburi..
Jika diberi analogi situasi..seorang jiran menegur kesalahan anak kita.. dan minta kita nasihati.. tugas kita untuk mengkaji kebenaran teguran itu.. dan menasihati anak sendiri.. bukan mengkaji kesalahan jiran..dan menyebelahi anak sendiri. Ini adalah contoh orang TUA yang tidak tahu mendidik!. Orang yang menegur dipersalahkan.. dikatakan mengumpat.. dan menceritakan keburukan orang.. sedangkan di dalam Islam, menceritakan untuk tujuan musyawarah dan diperbetulkan.. itu adalah dibenarkan. Dia tidak menceritakan kepada orang lain yang tidak berhak.. tetapi kepada orang tuanya.. adakah itu salah?
Tidak hairanlah.. terjadi pelbagai masalah golongan muda zaman kini.. kerana mereka terlalu manja.. terasa diri sentiasa benar.. mana tidaknya.. orang TUA juga sentiasa menyebelahi. Mereka tidak dididik untuk menyesali perbuatan yang telah dilakukan.. kerana itu.. kesalahan yang sama berulang. Siapa perlu dipersalahkan? Sememangnya bukan senang untuk menjadi orang TUA.. tanpa ilmu didada.. kita xkan berguna.
Suatu kaedah pendidikan Islam ada mengatakan:
"Janganlah kamu mendidik anak-anakmu sepertimana orang tuamu mendidikmu. Kerana mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu"
Jangan ambil remeh tentang kesilapan mereka.. jika ada yang menegur.. bermakna mereka ambil berat.. mengapa sukar untuk kita menerima..? Ada juga yang TUA.. seolah-olah menerima teguran.. berjanji untuk membetulkan.. tetapi.. di belakang.. pecah tembelang.. bermuka-muka!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tergolong manusia yang sangat jahat, orang yang bermuka dua. Dia datang ke suatu golongan dengan wajah tertentu dan datang ke golongan yang lain dengan wajah yang lain pula"
HR Al-Imam Muslim
Mengapa perlu jadi begitu? Umat Islam adalah bersaudara. Mengapa perlu ada prasangka. Jika sayangkan saudara sendiri.. bukan hanya pujian yang diharapkan.. tetapi juga kritikan.. bukan hanya memihak.. tetapi menasihat.. Sama-samalah kita muhasabah diri.. kita tidak sentiasa benar.. yang salah tetap salah..
p/s : Aku tidak lagi MUDA.. tapi aku tidak mahu menjadi TUA... tanpa ilmu di dada.
"Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"
No comments:
Post a Comment