"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
(Ali Imran ~ 200)
(Ali Imran ~ 200)
Ramadhan adalah bulan yang menuntut kesabaran. Mendidik individu agar menjadi lebih kuat. Kebiasaannya, dalam keadaan lapar dan dahaga, emosi mula menjadi raja. Namun Allah memberi keberkatan kepada Ramadhan untuk hambanya mendidik hati dan emosi.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda (bermaksud) :
"Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, SESUNGGUHNYA AKU BERPUASA" (HR Bukhari & Muslim)
Rasulullah telah menganjurkan cara terbaik untuk kita mendidik nafsu amarah apabila kita dihina atau dipukul. Hanya dengan kata-kata azimat "INNI ASSOIM - SESUNGGUHNYA AKU BERPUASA". Satu kalimah yang mudah, tapi ia mampu memadamkan amarah dalam diri. Sekaligus mematahkan usaha orang lain yang cuba menyakiti.
Tidak dinafikan kita sentiasa mendengar atau mengucapkan sendiri: "Kesabaranku Ada Batasnya" Berhati-hatilah dengan kemarahan orang yang sedang bersabar. Namun di bulan Ramadhan, haruslah kita meluaskan batasan itu. Sememangnya orang lain tidak dapat memahami diri kita. Mereka tidak nampak di mana tahap kesabaran kita. Kata-kata provokasi dan sindiran yang tajam umpama minyak yang menanti api menyambar.
Pernah seorang sahabatku berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w tentang kesabaran. "Bagaimana Rasulullah s.a.w amat bersabar dengan tindakan penduduk Thaif. Harapan Rasulullah untuk menyebarkan dakwah di Thaif hancur. Baginda bukan sahaja dihina, malah dilemparkan dengan batu sehingga cedera. Namun Rasulullah s.a.w tetap bersabar. Layakkah kita sebagai umatnya yang hanya dilemparkan dengan kata-kata sinis, tidak mampu menahan kemarahan?!"
Kita perlu sedar, hinaan dan lemparan batu itu dilakukan oleh orang kafir. Mereka telah menganggap Islam adalah musuh. Bagaimana dengan kita sebagai orang Islam sendiri yang sanggup menyakiti dan mencabar saudara seislam kita dengan kata-kata yang menyakitkan?! Mengapa kita sendiri ingin mencontohi mereka yang MELEMPAR BATU?

Dari Abdullah bin Amr r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud) :
"Seorang muslim adalah seorang yang tidak menyakiti muslim yang lain dengan lidah atau dengan tangannya. Dan seorang muhajir adalah seorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah." (HR Bukhari)
Namun kadang-kadang kita sedar, mungkin kata-kata sinis itu tidak benar-benar menjurus untuk menyakitkan hati. Mungkin sekadar gurauan. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, orang lain tidak memahami diri kita sepertimana kita memahaminya. Jangan putuskan ukuwah yang telah dibina. Cuba untuk bersabar dan memaafkan.
p/s : Sesungguhnya aku tidak suka kepada orang yang melempar batu. Namun kerana ukhuwah. Aku bersabar dan aku memaafkan."Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"
i'm waiting..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterbaikkk.. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalan bulan sabar. Bulan yang melatih jiwa sentiasa sabar agar tidak cepat mengeluh dan tahan uji. Sabar juga merupakan kekuatan jiwa dan emosi.. Ramadhan lah, bulan melatih kesabaran.. (^^)
ReplyDeletekalau gitu saya lempar kuih muih pd baiti..
ReplyDelete