Saturday, August 28, 2010

HIJAB


Pemakaian hijab.. sinonim dengan peribadi seorang MUSLIMAH.. walau apa pn bentuknya, gayanya, dan warnanya, ia tetap perlu mengikut syariat yang telah ditetapkan.


Firman Allah (yang bermaksud) :

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya." (An-Nur ~ 31)


Peredaran zaman kini telah melahirkan pelbagai bentuk hijab. Wujudnya fesyen tudung yang pelbagai, namun alhamdulillah.. masih ada yang mengekalkan identiti lama dengan pemakaian jilbab, niqab, burqa' dan banyak lagi.

Pemakaian tudung singkat sekarang dikatakan MENGIKUT TREND manakala pemakaian tudung labuh (menutup sebahagian muka) dikatakan PRIMITIF. Sehingga ada yang menggunakan undang-undang untuk mengharamkan pemakaian seperti ini. Sememangnya terdapat percanggahan antara ulama' tentang etika pemakaian hijab seperti ini... ia telah menjadi khilaf.. maka, untuk mewajibkan tidaklah patut, apatah lagi untuk mengharamkan.

Pemakaian hijab (purdah, niqab, jilbab) bagi seorang Muslimah adalah untuk mereka mudah dikenali dan tidak diganggu. Wanita ini terhindar dari pandangan dan gangguan lelaki. Sekaligus memelihara peribadi dan kesucian seorang Muslimah. Hijab tidak menghalang seorang muslimah daripada melakukan apa-apa aktiviti selagi masih di dalam batasan, mereka akan dihormati tetapi turut menjadi persoalan, ADAKAH AKHLAKNYA DAN SIKAPNYA SELAYAKNYA SEDEMIKIAN?

Amat mengecewakan apabila seseorang muslimah memakai hijab, tetapi perilakunya tidak dijaga. Seorang muslimah yang membawa imej Islam akan sentiasa mendapat PERHATIAN. Tanggungjawab ini sememangnya berat. Kerana nama Islam terletak di bahu mereka. Tutur kata, adab pergaulan, semua diambil kira.

Masyarakat memandang orang yang memakai hijab ini adalah orang yang memahami agama dengan mendalam. Sedikit kesilapan akan dilabel yang bukan2.. Jagalah peribadimu wahai muslimah. Jangan keluar sehingga lewat malam.. Jangan bersama lelaki yang bukan mahram.. Mungkin kamu berpendapat.. "Selagi aku memakai hijab.. orang xkan mengatakan yang bukan2" Itu SALAH sama sekali.. Allah maha melihat... Apa hubungan kita..? Apa urusan kita.. ? Semua itu akan ditanya..

Fitnah bg orang yang memakai hijab adalah lebih besar kesannya daripada mereka yang tidak memakai hijab.. Kesalahan wanita yang tidak memakai hijab.. akan disabitkan ke atas dirinya.. tetapi.. kesalahan wanita yang memakai hijab.. akan disabitkan ke atas agamanya.. Apa pandangan masyarakat luar yang bukan Islam terhadap Islam? Yang membezakan cuma PAKAIAN!

Setiap manusia melakukan kesilapan.. insaflah... sedarlah.. jangan ulangi kesilapan lampau. Malu lah pada pakaian yang kita pakai.. Dalami ilmu bagi yang tidak tahu.. dan Amalkan ilmu bagi yang sudah tahu..

p/s : pesanan untuk diriku.. dan dirimu..


"Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"

1 comment: