Saturday, October 23, 2010

KORBAN KERINGAT DAN AIR MATA

Pengorbanan adalah satu bukti cinta.. Kerana cintakan SYURGA, kita mengorbankan kesenangan DUNIA.. Namun Allah tidak sekejam itu terhadap hambaNya. Allah menguji kita untuk melihat sejauh mana tahap keimanan dan kecintaan kita kepadaNya. Tidak Allah berikan satu ujian tanpa memberi kebaikan kepada kita.. Setiap yang dilakukanNya ada HIKMAH tersendiri.. HANYA kita yang tidak menyedari.. HANYA kita yang tidak mensyukuri.

Firman Allah S.W.T :


"Oleh itu, (yakinlah) bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan."
(Al-Insyirah:ayat 5-6)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
....Dan ketahuilah bahawa kemenangan itu terhasil sesudah kesabaran, dan kelapangan itu muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan. (HR Ibnu Abbas)
Inilah janji Allah kepada hambanya.. ujian dan pengorbanan yang kita lakukan adalah untuk mendapat kebaikan yang lebih besar. Allah sentiasa menguji hambaNya supaya kita tidak alpa dengan dunia. Sesungguhnya kesusahan adalah ujian.. Kesenangan juga adalah ujian..
..(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati atas apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.
(Al-Hadid :ayat 23)
Kadang kala kita berkorban kerana orang disekeliling kita.. kebahagiaan mereka.. kebahagiaan bersama. Kerana kasih, keperitan x terasa. Bagaimana seorang ibu berkorban demi anak2nya.. seorang ayah berkorban demi isteri dan keluarga. Seorang sahabat berkorban demi temannya. x kurang juga yang berkorban demi masa depannya. Pengorbanan menuntut kesabaran.. pengorbanan juga adalah satu ujian.

Korban keringat yang dicurahkan terasa bermakna jika ia membuahkan kebahagiaan.. sebaliknya.. air mata menjadi teman, jika ia berakhir dengan kekecewaan. Namun kita perlu sentiasa ingat.. tidak semua yang kita harapkan akan kita dapat. Allah maha mengetahui mana yang terbaik untuk kita.. hanya kita yang tidak pasti di mana arah tuju kita.. semuanya di dalam tanganNya.

Firman Allah S.W.T :
...Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula adalah amat buruk untuk kamu. Dan Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Al-Baqarah : Ayat 216)
Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan pernah mengabaikan hambaNya.. selagi kita berharap dan bergantung hanya pada Dia.. Dia akan sentiasa bersama kita.

... Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

(Al-Baqarah : Ayat 214)
p/s: Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. berikan aku kesabaran.. kuatkan hatiku dalam melakukan pengorbanan.


"Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"

2 comments:

  1. " p/s: Ya Allah.. berikan aku kekuatan.. berikan aku kesabaran.. kuatkan hatiku dalam melakukan pengorbanan "

    amin..`

    diriku juga tengah diuji..~

    ReplyDelete