Tuesday, September 28, 2010

RINTIHAN SEORANG SAHABAT

Masihkah wujud sahabat sejati di zaman ini? Sahabat yang sentiasa di sisi.. ketika suka dan duka... ketika bala menimpa.. dan ketika resah melanda.. mengapa sentiasa ada prasangka... "adakah dia baik padaku?" "adakah dia ikhlas denganku?"


Sahabat yang baik.. adalah org pertama yang nampak kesalahan kita.. org pertama yang menegur kita... dan org pertama yang mempertahankan kita.. namun sekarang zaman berubah. manusia menjadi HIPOKRIT!! bermuka2.. di depan baik.. di belakang.. dajjal...


Persahabatan adalah atas dasar kepercayaan.. tanpa rasa percaya... sahabat.. HANYA pada nama. jika ada khabar yg tidak baik.. seorang sahabat... adalah org pertama yang menghentikan.. bkn org pertama yg menyebarkan!! BUKTIKAN sebelum mengiyakan..

Amat mengecewakan... persahabatan yang dibina bertahun2 lamanya.. runtuh.. hanya kerana rasa tidak percaya...

Bukan mudah untuk menjadi seorang sahabat. tanggungjawab kita berat.. walaupun kadang2 kita berbeza pendapat.. namun ukhuwah kita tetap erat...

Kita bersahabat untuk kebaikan.. jika ia hanya memudharatkan.. lebih BAIK.. ia tidak diteruskan... bukan niat untuk memutuskan.. namun ia pengubat kekecewaan.. mungkin mudah untuk kita memaafkan.. tp TIDAK untuk melupakan... ...

Hati manusia berbeza.. kita tidak mengenali hati hanya sehari dua.. oleh itu, hargailah sahabat yang kita ada.. mengapa harus ada prasangka hanya kerana orang mengata..?

p/s : Biar seribu datang menghina.. namun hatiku tetap milikNya.. aku perlukan sahabat yang sentiasa percaya... memimpinku ke arahNya...


"Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"

2 comments:

  1. hijjaz - kau sahabat kau teman

    Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
    Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
    Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
    Kau sahabatku kau teman sejati

    Tulus ikhlasmu luhur budimu
    Bagai tiada pengganti
    Senyum tawamu juga katamu
    Menghiburkan kami
    Memori indah kita bersama
    Terus bersemadi
    Kau sahabatku kau teman sejati

    Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
    Di saat kau masih diperlukan
    Tuhan lebih menyayangi dirimu
    Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

    Ya Allah
    Tempatkannya di tempat yang mulia
    Tempat yang diKau janjikan nikmat
    Untuk hambaMu

    Sahabatku
    Akan kuteruskan perjuangan ini
    Walau kutahu kau tiada di sisi

    Perjuangan kita masih jauh beribu batu
    Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
    Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
    Bagai semalam kau bersama kami

    Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
    Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
    Moga di sana kau bersama para solihin
    Kau sahabatku kau teman sejati

    Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
    Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
    Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
    Kau sahabatku kau teman sejati

    ReplyDelete
  2. sayangnya sekarang ini rata-rata berkawan dengan kerana sebab. 'kawan bersebab'. sering juga hanya mahu mengambil kesempatan.

    bila susah kita dicari
    bila senang kita tak dipeduli

    ReplyDelete