Thursday, July 29, 2010

ALAHAI... INSAN BERNAMA LELAKI..

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertnggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaa) atas perempuan dan juga kerana lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka." (An-Nisa'~ 34)



Hukum Allah, lelaki telah dijadikan lebih kuat dari wanita. Adam adalah insan pertama yang diciptakan. Diberikan tanggungjawab sebagai khalifah di samping memimpin Hawa menempuh kehidupan dunia. Penuh tanggungjawab... penuh amanah.

Dengan kelebihan yang ada pada lelaki.. mereka seharusnya kuat..dari segi fizikal.. mental dan rohani. Ramai yang mengukur kekuatan hanya pada tangan dan kaki... tetapi x ramai yang tahu kekuatan sebenar terletak di kepala dan hati.

Lelaki adalah pemimpin.. dialah contoh..dialah teladan..dia juga seorang wali. Namun lelaki sekarang menerima tekanan dan dugaan yang sangat besar... mereka mudah tergoda oleh harta..pangkat..dan wanita.. Wanita adalah fitnah kepada lelaki.

Dari Usamah bin Zaid r.a Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud):

"Tidak ada fitnah yang aku tinggalkan setelahku yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada fitnah wanita". HR Bukhari & Muslim

Berhati-hatilah lelaki dengan wanita... peliharalah pandanganmu..wanita tidak sekuat lelaki..tetapi kelemahannya boleh menewaskan kekuatan seorang insan yang bernama lelaki. Godaan syaitan datang dalam pelbagai rupa, bukan hanya pakaian terdedah yang meruntun jiwa seorang lelaki...malah pakaian yang tertutup pn bisa menggoda hati2 yang lemah.

Syaitan amat bijak...dia tahu lelaki yang alim tidak akan memandang perempuan jalanan yang mendedahkan aurat mereka sesuka hati.. tetapi hati dan iman mereka tertarik kepada wanita di sebalik hijab.. dan di situlah kadang2 wujudnya satu titik noda yang terlindung di sebalik kesucian yang ingin dicari.

kita mmg sentiasa inginkan yang terbaik..tetapi luaran seseorang tidak mencerminkan peribadinya. Wanita fitrahnya lemah..namun dia bisa menggoncang dunia. dialah racun..dialah penawar. Lemahnya seorang lelaki jika dia terlalu memandang luaran. Kecantikan adalah salah satu faktor pemilihan pasangan.. tetapi yang harus ditekankan adalah agamanya..bagaimana dia membawa dirinya. Kerana CINTA lelaki menjadi lemah...x kiralah walau apa yang wanita itu lakukan. semua nampak baik pada pandangannya... kalau nampakpn kesalahannya.. hanya pandang sebelah mata... ini adalah ciri2 DAYUS yang jelas...tetapi dikaburkan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda (yang bermaksud):

"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibubapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan Si lelaki DAYUS." HR Ahmad & An Nasaie

Sesungguhnya manusia diciptakan berpasang-pasangan.. "LELAKI YANG BAIK UNTUK WANITA YANG BAIK" bagaimana sang isteri.. begitulah sang suami.. kalau kita inginkan sebuah keluarga yang baik.. mulakan dengan diri.. dan pilihlah pasangan yang baik.. "LUARAN TIDAK MENCERMINKAN DALAMAN"

p/s : Jaga pandanganmu.. jaga peribadimu.. InsyaAllah.. Tuhan akan menjaga hatimu...

No comments:

Post a Comment