Thursday, July 22, 2010

CINCIN TANDA IKATAN

Hmm.. xtau kenapa.. ramai sahabat2 yang mula meng"upload" gambar cincin.. adakah ia satu petanda...? kontroversi..

tambahan pula.. tuan empunya diri sudah menjangkau usia matang dan dikira bersedia untuk mendirikan mahligai bahagia..

Mungkin jgk.. mereka sengaja nk mununjukkan cincin yang baru dibeli.. (lihatlah..pandanglah.. cincin yg baru ku beli ini) x kira la berapa harganya.. yg dijual di pasar malam pn.. kadang2 lebih cantik dr yg dijual di kedai2 emas..

Cincin yang cantik.. tersarung di jari manis.. membuatkan kita tertnya2.. "Milik Siapakah.. Cincin Ini" nmpk ayu... dgn susunan jari jemari yang halus lagi gebu.. mewujudkan pelbagai gambaran tentang pemiliknya.. Bentuk jari.. memberi gambaran fizikal empunya diri. Ramai yang mengetahui hakikat ini.. tetapi mungkin ada yg terlepas pandang.. kerana tujuan sebenar.. hanya untuk menunjukkan cincin di jari..

Cincin adalah tanda sebuah ikatan.. (x kira la.. ikatan simpul mati.. atau simpul sementara.. ) org dulu2.. seorang gadis dlihat pada jarinya.. adanya sebentuk cincin.. menandakan si Dia sudah berpunya.. tp.. org sekarang.. ia bkn lagi satu ukuran.. cincin sudah menjadi hiasan.. bahkan.. bkn satu jari.. hampir semua nk diletaknya..

Generasi sekarang telah menjadikan cincin sebagai satu perkara wajib dalam perkahwinan. Apabila berkata tentang nikah... ada yg bertnya "cincinnya dh ada ke?" mungkin "cincin" ini merujuk kepada calonnya.. tapi soalnya di sini.. CINCIN juga yg diibaratkan. Sekali nikah.. 3 cincin disarungkan.. (merinsik..bertunang..nikah).. itu baru seorang isteri.. bagaimana kalau lebih...???

Pada zaman Rasulullah.. cincin dijadikan mahar kepada isteri..

sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w :

ألتمس ولو خاتما من حديد
Ertinya: "Carilah mas kahwin, walaupun hanya berupa cincin daripada besi"

Hanya BESI.. bkn emas.. bkn perak.. dan ia dipakai oleh sang isteri.. bkn suami.. tp pemakaian cincin bagi lelaki adalah diharuskan.. tidak timbul persoalan blh atau tidak.. cm disini.. kita hanya ingin berkongsi.. perbezaan dulu dan sekarang.. antara adat dan syariat.. selagi ia x bercanggah.. maka ia dibolehkan..

"Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"

3 comments: