Saturday, July 24, 2010

KHITBAH

Khitbah (pertunangan) adalah ikatan persetujuan antara 2 pihak sebelum terjadinya pernikahan. Hukum khitbah adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(dalam buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(dalam buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula (utama / baik) dari hukum "harus" tadi.

Syariat Islam telah menganjurkan umatnya kaedah yang terbaik bagi memenuhi tuntutan fitrah. Fitrah manusia berpasang-pasangan. Bernikah adalah sunah nabi dan ia merupakan penyempurnaan saparuh dari agama.

Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w bersabda:

من أحب فطرتي فليستن بسنتي ومن سنتي النكاح

Ertinya: "Barangsiapa yang senang pada fitrahku, maka hendaklah dia mengikut sunnahku dan di antara sunnahku adalah bernikah" HR Ibnu Majah

Jika seseorang lelaki telah bersedia.. dia diharuskan/disunatkan utk mengkhitbah seorang wanita dengan tujuan untuk menikahinya. Kebiasaanya khitbah tidak mengambil masa yang lama.. tetapi atas alasan2 tertentu.. ada yg mengambil masa yg agak lama sebelum bernikah. apa pn alasannya.. selagi tidak menyalahi syara'.. ia dibolehkan

Syarat2 khitbah adalah;
  1. Wanita yang ingin dikhitbah bkn isteri org.. mahram.. atau telah dikhitbah oleh org lain (diharamkan meminang atas pinangan orang lain)
  2. Kedua-duanya saling mengenali antara satu sama lain melalui (taaruf) Rasulullah menganjurkan setiap llaki yang ingin menikahi seorang wanita... untuk melihat wanita tersebut bagi meningkatkan rasa cinta dan keinginan untuk bernikah. Antara bahagian yang diharuskan untuk dilihat adalah muka dan tangan.
Dalam mengenali seorang wanita untuk dinikahi. Kita bukan sahaja perlu lihat fizikalnya. malah faktor agama, harta dan keturunanya juga menjadi ukuran.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakanlah kerana agamanya, nescaya kau bahagia"HR Muslim

Hadis ini boleh digunakan dalam memilih jodoh x kira kepada llaki atau wanita. Setiap insan mengharapkan pasangan yang baik soleh dan solehah. Tetapi semuanya bermula dari diri kita. Llaki yg baik adalah untuk wanita yang baik. Jika kita mengharapkan yg lebih baik.. maka kita perlu jd yg terbaik.

Fenomena masyarakat sekarang.. khitbah telah bercampur aduk dengan adat. kalau dulu.. khitbah tidak memerlukan cincin. ia sekadar persetujuan 2 pihak. tp skrg.. cincin adalah suatu yg wajib siap dengan hantaran dan kenduri secara besar-besaran mengalahkan org yg bernikah.

soal cincin, mungkin ia diharuskan kerana ia sebagai tanda ikatan telah dibuat. Islam tidak melarang pemakaian cincin. tetapi soal kenduri.. perlu dititiberatkan... kerana pertunangan adalah satu ikatan yang masih tidak pasti. Kita merancang.. tp tuhan yang menentukan. dikhuatiri kalau tidak sampai jodohnya, ada pihak yang akan malu kerana kenduri telah dibuat. semua org telah dipanggil. Banyak duit dan tenaga telah dihabiskan.

Maka seelok-eloknya, kita bersederhana. cukuplah hanya keluarga dan rakan2 terdekat yang mengetahuinya. Hikmah bersederhana adalah untuk menjaga 2 hati. Semoga ikatan yang dibina diberkati Allah dan semoga jodoh berpanjangan.

Lelaki yang ingin melihat wanita yang akan dinikahinya... perlu dengan kehadiran mahram pihak wanita tersebut. salah satu caranya adalah bertandang ke rumah(x kira la nk tgk berapa kali pn..) tiap kali raya ke.. sebulan sekali ke.. seminggu sekali ke... (jgn tiap2 hari sudaa..)

Tp org sekarang.. dh bertunang.. blh diangkut ke hulu ke hilir.. walaupun x berteman. Adakah status tunang menghalalkan semua ini?!! sebelum bertunang.. batasan perlu dijaga.. dh bertunang.. lg la perlu dijaga.. kerana ia akan mengundang fitnah. Bagaimana Allah nk memberkati hubungan kita.. kalau kita tidak mengikut suruhanNya?!

Ada orang yang mengatakan, tempoh bertunang adalah tempoh yang amat mencabar. Maka perlu dipercepatkan pernikahannya. Orang sekarang.. bertunang.. kerana lmbt lagi nk bernikah. Mungkin alasannya belum mampu. So.. kenapa perlu bertunang kalau x mampu.. sedangkan bertunang itu sendiri memberi banyak dugaan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Wahai anak muda! Barangsiapa di antara kamu mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia bernikah. Kerana dia lebih mampu untuk menahan pandangan dan lebih mampu untuk membentengi kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia puasa sahaja. kerana ia boleh menjadi penahan"HR Al-Bukhari & Muslim

Penafsiran anak muda zaman sekarang kadang-kadang boleh dikatakan terpesong dari landasan sebenar. Bertunang dulu.. sementara nk kumpul duit.. tp bila dh bertunang.. buat mcm dh nikah.. pergi ke sana ke mari.. berbelanja itu ini.. duit x cukup2 jgk..

"Khitbah tidak menghalalkan hubungan.. ia hanya sebagai satu tanda ikatan. Jika kita sayangkan pasangan.. kita perlu jaga batasan."


p/s: Sekadar perkongsian untuk diri ini dan sahabat2 yang dikasihi.

4 comments:

  1. err... xmo tunang.. nk kawen terus.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, kau berikan segala kebaikan kepada saudaraku ini. Berikan pakaian yang dapat bersamaMu sehingga akhir hayat dunianya.

    http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?Id=157

    ReplyDelete