Tuesday, September 7, 2010

BAHTERA SAKINAH

Setiap pasangan mendambakan sebuah keluarga sakinah.. ia perlu dimulakan dengan niat yang baik.. dengan calon yang baik.. dan dengan cara yang baik.. saat akad dilafazkan.. termeterailah sebuah ikatan melibatkan dua hati, dua jiwa dan dua keluarga.

Pernikahan adalah satu ibadah.. setiap ibadah perlu dimulai dengan bersuci dan niat.. Sucikanlah hati2 yang ingin memiliki.. Kita adalah milik Allah.. sifat manusia adalah hamba.. jangan sesekali kita alpa... Tanggungjawab seorang suami adalah sebagai NAKHODA.. dia perlu bijak mengemudi bahteranya.. mengawal panglima dan awak2nya.. Tanggungjawab isteri adalah sebagai PANGLIMA.. harus sentiasa patuh pada nakhoda... walaupn sama2 mempunyai kuasa...


Sekali badai melanda.. nakhoda perlu bijak melabuhkan layarnya.. bagi mengimbangi bahtera.. Sekuat mana ombak menggulung.. dengan tekad dan usaha.. insyaAllah.. pasti dapat ditempuh jua.. begitulah kiasan cinta dalam mahligai yang dibina...

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan..? Laut mana yang tidak bergelora...? Begitu juga dalam hubungan suami isteri.. pasti ada pasang surutnya.. namun kemanisan rumah tangga tetap dapat dinikmati jika masing2 ada sifat memahami.. toleransi..dan bekerjasama..

Seorang suami yang bertanggungjawab ke atas kewajipannya.. pasti tau... apa hak isteri yang perlu diberikan.. apa hak anak2 yang perlu dikotakan... suami adalah imam.. dia perlu sentiasa mentarbiah dan mendidik isteri dan anak2nya.. kerana suamilah yang akan bersaksi di hadapan Allah.. bagaimana hasil didikannya...

Didikan.. bukan dengan kekerasan.. tetapi dengan ketegasan.. suami atau ayah adalah untuk dihormati.. bukan untuk ditakuti... jaga kata2mu.. jaga tangan dan kakimu.. lelaki yang memukul seorang wanita.. tidak akan pernah dihormati.. walaupn dalam hal nusyuz (bagi isteri).. dan dalam hal solat (bagi anak2).. pukulan.. adalah bukan dengan niat untk mencederakan dan menyakitkan.... ia sekadar pengajaran dan peringatan.. malah itu adalah pilihan terakhir yang Allah berikan dalam usaha untuk mendidik..

Pernikahan bukan hanya melibatkan hubungan antara kita dan si dia..tetapi juga antara keluarga kita dan keluarga si dia.. Sebab itulah Islam menggalakkan kita memilih pasangan yang sekufu.. agar persefahaman mudah diraih.. untuk menjaga kerukunan satu ikatan kekeluargaan..
Hubungan dengan mertua.. perlu sentiasa dijaga.. kedudukan mertua adalah kedua selepas ibubapa kita.. batas auratnya kekal.. walaupn kita telah bercerai.. Awasi kata2mu.. awasi perilakumu..

Jika ditakdirkan jodoh x berpanjangan.. jangan putuskan ukhuwah antara keluarga..! yang bermasalah hanya suami isteri.. bukan mertua.. JANGAN LIBATKAN MEREKA..! Soal rumahtangga.. selesaikan dengan cara baik.. jika perlukan nasihat.. rujuk pada yang lebih arif.. jangan rosakkan hubungan keluarga dengan masalah yang berpunca dari diri sendiri..

Sebagai ibubapa.. jika sayangkan anak2 mereka.. biarkan mereka selesaikan masalah yang dihadapi sendiri.. jika mereka meminta nasihat dan panduan.. bimbinglah mereka.. tapi jangan buat keputusan atau pengaruhi mereka.. ini hanya akan memburukkan lagi keadaan... kita perlu paham.. hal suami isteri.. adalah rahsia mereka.. hanya mereka yang lebih tau.. orang lain tidak ada hak untuk memutuskan..

Penceraian adalah sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah.. sentiasalah berusaha untuk mendamaikan.. jangan terburu2 hendak memutuskan.. Jika hanya itu jalannya.. lakukanlah dengan cara yang baik.. hanya ikatan terputus.. tetapi ukhuwah tetap terjalin.. Jangan menghukum keluarganya.. hanya kerana kekhilafan pasangan kita.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.. berserahlah.. HANYA PADA DIA....


p/s : Sesungguhnya aku mengharapkan BAHTERA SAKINAH..


"Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"

5 comments:

  1. "Diriku.. milikMu.. Peliharalah aku.. di dalam rahmatMu"

    amiinnn..~

    ReplyDelete
  2. moga KAU sentiasa membimbingku.. utk mendapatkn sebuah keluarga SAKINAH..

    ReplyDelete
  3. untuk mendapat yg terbaik.. kita perlu perbaiki diri menjadi yg terbaik.. "sesungguhnya.. perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. dan lelaki yang baik.. adalah untuk perempuan yang baik.." surah an-nur (26) yakinlah pada janji Allah..

    p/s : Ya Allah.. jadikanlah aku seorang hamba yang solehah.. anak yang solehah.. dan isteri yang solehah... aminn..

    ReplyDelete